Popular Posts

bertemu kembali kawan semua..near~


Assalamualaikum...some knowledge about concrete!!

INTRODUCTION
           
Concrete is a manufactured construction material and widely used for structural constructions. Concrete can be define as a composite construction material, composed of cement (commonly Portland cement) and other cementations materials such , aggregate , water and some admixtures. Then, the term of workability in concrete is broadly defined as that property of freshly mixed concrete or mortar that determines the ease with which it can be mixed, placed, consolidated, and finished to a homogenous condition. The required workability for casting concrete depends on the type of construction, selected placement and consolidation methods, the complex shape of the formwork, and structural design details. Subsequently, compressive strength is the capacity of a material or structure to withstand axially directed pushing forces. When the limit of compressive strength is reached, materials are crushed.



OBJECTIVE 

1.     

 

 
To determine the workability of the designed mix and compressive strength of concrete cubes.
2.      To exposed how to design the concrete mixture in real situation to student.
3.      To improve the team work and communication skills each group members and others during the experiment.




EQUIPMENT & MATERIAL

Equipment:
(i)                 Concrete cubes mould
(ii)               Vibrating tables
(iii)             Slump-test apparatus
(iv)             Weighting machine
(v)               Curing tank
(vi)             Concrete compression machine

Materials (Concrete mix design for 3 cubes):
(i)                   Cement – 3.5 kg
(ii)                 Sand – 7 kg
(iii)               Aggregate – 14kg





PROCEDURE

1.      We begin with design a concrete mix according to a ratio of 1: 2: 4 (cement: sand: gravel).
       
2.      Then, some of our group members clean the mould with petrol. This step for uncomplicated when want place the concrete mix soon. In other hand, the rest prepare material required to produce 3 concrete cubes size 150 mm x 150 mm x 150 mm mould.

3.      Next is the material batched and mix according to BS 1881: Part 125: 1983 (Methods for mixing and sampling fresh concrete in the laboratory).

4.      Determine the workability of the designed mix by slump test with reference to BS 1881: Part 102: 1983 (Method for determination of slump). Slump test that do must follow the slump test procedure with properly.
       
5.      Cast 3 concrete cubes for compressive strength with compression machine at 7 and 28 days, respectively with reference to BS 1881: Part 116: 1983 (Method for determination of compressive strength of concrete cubes).

Tahukah anda???

Sejarah permainan FUTSAL

>Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1] Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.


>Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay.



>Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2] Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

PERKONGSIAN ILMIAH>>-TAMADUN ISLAM-


 1) KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah. Sesudah itu, selama 10 tahun Rasulullah S.A.W. mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Keadaan ini berterusan sehingga kewafatan baginda pada tahun 632 Masehi.

Sesudah itu, para sahabat baginda dan pengikut-pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan baginda sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa’ al-Rasyidin iaitu pada tahun 660 Masehi dan telah menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi.

Selepas itu, Tamadun Islam telah diganti oleh daulah atau dinasti Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia.

Apabila Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah pada tahun 750 Masehi dan menubuhkan Daulah Abbasiyah, era Daulah Abbasiyah  dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M), seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984).

Selama 736 tahun Islam telah berjaya bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) sehinggalah pada tahun 1492 Masehi, Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera Kristian. Pada tahun 1258 Masehi, tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluk Kota Baghdad. Sementara itu, Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II ‘al-Fatih’ yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi.

Di India pula pada tahun 1526, Zahiruddin Babar setelah terusir dari Asia Tengah, masuk ke India dan mengalahkan Sultan Delhi di Panipat telah menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul) yang tegak selama 332 tahun. Zaman kemuncaknya pada kurun ke 17 telah menguasai ke seluruh benua kecil India. Kerajaan Moghul musnah apabila sultan  terakhirnya Bahadur Shah Zafar digulingkan oleh kuasa British pada 1858, sekali gus juga mengakhiri 1000 tahun pemerintahan Islam di India.

Di akhir kurun ke 18, Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh ‘Kumpulan Belia Turki’ atau ‘The Young Turks’ pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal yang seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Dengan ini, maka berakhirlah sistem khilafah dalam Islam sekaligus era kecemerlangan Tamadun Islam mulai malap. Sehingga negara-negara umat Islam mulai dijajah oleh Barat satu persatu dan akhirnya menjadi negara yang mundur dan tidak berwibawa.

2) SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA

Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.

~admin hanya ingin berkongsi bersama sahaja...kita sewajarnya perlu merasa bangga akan kehebatan tokoh2 islam yang terdahulu..TERBAIK!!!!



KEHARMONIAN SOSIAL


Keharmonian sosial merupakan asas yang penting dan amat diperlukan dalam sesebuah negara dan secara khususnya lagi di negara Malaysia dimana komunitinya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Berdasarkan kamus dewan bahasa edisi ke-4, definisi keharmonian sosial ialah sesuatu keadaan yang harmoni,aman sentosa dan hidup bertolenransi dalam sesuatu komuniti. Malaysia secara majoritinya didominasi oleh etnik melayu iaitu 81.1%. Seterusnya daripada etnik Cina dengan 77.67 % dan dari etnik India pula sebanyak 61.19 %. Bumiputera Lain pula 40.23 %.

Sejajar dengan ini,di negara ini semua kaum di Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai. Kesejahteraan dapat sentiasa dinikmati bersama. Selaras dengan hasrat negara, keadaan harmoni menjadi teras dalam Konsep 1Malaysia. Usaha kerajaan ini  perlu disokong oleh semua masyarakat untuk mencapai perpaduan negara. Keharmonian tercapai apabila semua manusia mengamalkan sikap saling membantu dan berkerjasama iaitu usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Dalam hal ini, kita perlu sentiasa menjaga kerharmonian antara satu sama lain dengan mengamalkan sifat saling menghormati antara satu sama lain. Aktiviti yang menjalin suasana kehormonian ialah dengan melibatkan diri dalam perayaan kaum lain. Selain itu, tanggungjawab kita juga untuk mengambil berat dan menghormati terhadap kaum lain untuk menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain.Oleh itu, suasana yang harmoni boleh melahirkan suatu Negara yang aman dan harmoni tanpa mempunyai peperangan dan kes huru-hara seperti Malaysia.