Popular Posts

PERKONGSIAN ILMIAH>>-TAMADUN ISLAM-


 1) KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah. Sesudah itu, selama 10 tahun Rasulullah S.A.W. mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Keadaan ini berterusan sehingga kewafatan baginda pada tahun 632 Masehi.

Sesudah itu, para sahabat baginda dan pengikut-pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan baginda sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa’ al-Rasyidin iaitu pada tahun 660 Masehi dan telah menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi.

Selepas itu, Tamadun Islam telah diganti oleh daulah atau dinasti Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia.

Apabila Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah pada tahun 750 Masehi dan menubuhkan Daulah Abbasiyah, era Daulah Abbasiyah  dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu pengetahuan, seni, teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M), seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr , 1984).

Selama 736 tahun Islam telah berjaya bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) sehinggalah pada tahun 1492 Masehi, Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera Kristian. Pada tahun 1258 Masehi, tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluk Kota Baghdad. Sementara itu, Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II ‘al-Fatih’ yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi.

Di India pula pada tahun 1526, Zahiruddin Babar setelah terusir dari Asia Tengah, masuk ke India dan mengalahkan Sultan Delhi di Panipat telah menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul) yang tegak selama 332 tahun. Zaman kemuncaknya pada kurun ke 17 telah menguasai ke seluruh benua kecil India. Kerajaan Moghul musnah apabila sultan  terakhirnya Bahadur Shah Zafar digulingkan oleh kuasa British pada 1858, sekali gus juga mengakhiri 1000 tahun pemerintahan Islam di India.

Di akhir kurun ke 18, Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh ‘Kumpulan Belia Turki’ atau ‘The Young Turks’ pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal yang seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Dengan ini, maka berakhirlah sistem khilafah dalam Islam sekaligus era kecemerlangan Tamadun Islam mulai malap. Sehingga negara-negara umat Islam mulai dijajah oleh Barat satu persatu dan akhirnya menjadi negara yang mundur dan tidak berwibawa.

2) SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA

Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.

~admin hanya ingin berkongsi bersama sahaja...kita sewajarnya perlu merasa bangga akan kehebatan tokoh2 islam yang terdahulu..TERBAIK!!!!



No comments:

Post a Comment